KATA
NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata nama umum bagi benda, haiwan, tempat dan manusia
Contoh : benda : pemadam, cerek, pen, kereta
haiwan : kucing, arnab, monyet, tupai
tempat : sekolah, klinik, padang, pejabat
manusia : abang, datuk, doktor, cikgu
KATA
NAMA KHAS
Kata Nama Khas ialah kata nama khusus bagi benda, haiwan, tempat dan manusia.
Contoh : benda :
Parker, BMX, Proton Saga, Samsung
haiwan : Tompok, Pak Belang, Sang Kancil, Comel
tempat : Klinik Warisan, Jalan Parit, Kuantan, Tadika
Sri Kita
manusia : Puan Liza, Cikgu Ali, Ah Meng, Encik Raja
KATA
GANTI NAMA DIRI
1. Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
2. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu
1. Kata
Ganti Nama Diri Pertama
2. Kata
Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata
Ganti Nama Diri Ketiga
1. KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Penggunaan : merujuk kepada orang atau pihak yang bercakap.
Contoh : aku, saya, beta, patik,
kita, kami.
Contoh
Ayat : a) Saya suka minum susu
2. KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Penggunaan : merujuk kepada orang yang dilawan bercakap
Contoh : awak, engkau, kamu,
tuanku, encik, anda
Contoh
Ayat : a) Apakah hobi kamu?
b) Awak
mesti datang awal ke sekolah
3. KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Penggunaan : merujuk kepada orang yang dicakap halnya.
Contoh : dia, mereka, beliau,
baginda, -nya
Contoh
Ayat : a) Dia memancing di sungai.
b) Mereka
duduk berehat di bawah pokok.
KATA
SERU
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan perasaan.
2. Kata seru digunakan dalam ayat seru.
3. Contoh dan penggunaannya :
a) wah :
untuk menunjukkan perasaan kagum.
b) amboi :
untuk menyatakan perasaan hairan dan
mengejek.
c) adus :
untuk menyatakan perasaan sakit.
d) cis :
untuk menyatakan perasaan marah.
e) aduhai :
untuk menyatakan perasaan kasihan.
4. Contoh ayat : a) Wah, tingginya bangunan itu!
b) Aduh, sakit sungguh kaki saya!
TANDA
BACA
1. Tanda baca berfungsi untuk menentukan bentuk dan maksud ayat.
2. Terdapat berbagai – bagai jenis tanda baca.
Antaranya :
a) Tanda noktah ( . )
Digunakan pada akhir ayat dan
kata singkatan
Contoh : a) Rizal sedang membaca
buku.
b) Dr. Hafiz sedang
memeriksa pesakit.
b) Tanda koma ( , )
Digunakan untuk mengasingkan kata dan frasa
Contoh
: Emak membeli sawi, ikan dan daging di pasar.
c) Tanda soal ( ? )
Digunakan untuk membentuk ayat tanya / bertanya soalan
Contoh : Siapa nama
kamu?
d) Tanda sengkang ( - )
Digunakan untuk membentuk kata ganda dan perkataan
bernombor.
Contoh
: a) Adik bermain layang – layang di padang.
b) Kakak mendapat tempat
ke-3 dalam acara lumba lari.
e) Tanda seru ( ! )
Digunakan pada akhir ayat seru.
Contoh : Wah, cantiknya baju
kamu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan